Mod Pendeta Senjutsu_(Naruto)

Rencana utama: Mod Pendeta
Fail:Latihan sennin naruto.PNGNaruto mengimbangi badan untuk menguasai Senjutsu di Myobokuzan

Jiraiya mengalami sedikit masalah apabila menggunakan Mod Pendeta, ini adalah kerana berlaku sedikit perubahan fizikal ke atas dirinya. Perubahan besar berlaku kepada bahagian hidung dan matanya kepada seakan-akan seekor katak (berkemungkinan bahagian mata boleh dikecualikan kerana menurut Fukasaku perubahan kepada bahagian mata adalah tanda-tanda penting perubahan kepada seorang pendeta). Jiraiya juga turut memiliki janggut seperti Fukasaku dan bahagian jari-jemarinya mempunyai selaput renang seperti katak. Keadaan ini meyebabkan Jiraiya tidak menyukai Mod Pendeta kerana pada anggapannya, perubahan wajahnya yang sedemikian akan mengakibatkan wanita menjauhinya.

Bagaimanapun, Naruto yang baru mempelajari senjutsu, memiliki mata yang mempunyai lingkaran berwarna merah dan anak mata kecil berbentuk melintang berwarna keemasan, menunjukkan bahawa kejayaanya menguasai bentuk sempurna seorang sennin. Penguasaan Naruto dalam senjutsu berkemungkinan kerana dia memiliki pengalaman berada dalam bentuk "Mod Jinchuriki". Naruto mampu menggunakan chakra semulajadi miliknya dengan berkesan dan ini ditunjukkan apabila dia mampu mengangkat patung katak gergasi dengan menggunakan tenaga semulajadi yang dikumpulnya.

Sebelum Naruto mampu menggunakan tenaga semulajadi dengan betul dan berkesan, Naruto terpaksa menggunakan minyak katak yang membolehkan dia mengesan chakra semulajadi untuk dimasukkan ke badannya. Bagaimanapun, minyak tersebut mesti wujud dalam bentuk cecair di persekitaran Myobokuzan kerana apabila minyak tersebut digunakan di luar, ianya akan mudah mengewap. Jiraiya dapat menggunakan chakra semulajadi secara berterusan dengan mendapat bantuan daripada Fukasaku dan Shima yang bercantum dibahunya tanpa sedikit pergerakan atau berada dalam keadaan statik (pergerakan hanya dilakukan oleh Jiraiya) apabila Jiraiya bertarung. Namun begitu, lain pula halnya bagi Naruto kerana kuasa Kyubi di dalam tubuhnya menghalang percantuman tersebut daripada berlaku.

Bagi memperbaiki kelemahan ini, Naruto telah menggunakan teknik klonnya bagi tujuan tersebut. Naruto telah menghasilkan dan meninggalkan dua klonnya di Myobokuzan bagi tujuan mengumpulkan tenaga semulajadi dan apabila Naruto kehabisan tenaga semulajadinya, dia akan membatalkan salah satu klon tersebut; dengan cara sedemikian, ia membolehkan Naruto "mengambil alih" tenaga semulajadi yang dimiliki oleh klon tersebut. Bagaimanapun, penggunaan teknik berperingkat tinggi mampu menghauskan tenaga semulajadi dengan kadar yang segera. Ini dapat dibuktikan apabila Naruto kembali kepada bentuk biasa dengan segera setelah menggunakan teknik Rasenshuriken ke atas Ningendō Pain (Human Path) dan Rasenrengan ke atas Chikushōdō Pain (Animal Path) yang kedua.